Sunday, May 29, 2011

Pakatan sama sahaja dengan BN by Prof Aziz Bari

Kepada Prof Aziz Bari, saya pun mendapat perspektif yang tak jauh berbeza dengan Prof. Bagi saya 6 pelajar Kuin yang hebat itu perlu diberikan keadilan. Mereka ini ibarat pelajar harapan yang mampu mengubah perspektif prof dan saya.. Kecelaruan untuk membezakan hak parti dan hak negeri di dalam diri pelajar ini adalah satu yang perlu kita banggakan. Pelajar2 seperti inilah yang prof perlukan untuk memnperbetulkan perspektif prof yang memang sentiasa berbeza dengan orang lain. Jadi untuk mengatakan yang Pakatan itu sama sahaja dengan Bn, Prof perlu menyelaraskan perspektif prof itu dulu agar sama dengan semua orang.

Tak salah untuk Prof meraih sokongan daripada pelajar2 yang bermasalah ni sebab saya lihat prof sendiri pun ada masalah dari segi perbezaan perspektif automotif. Lain kali bila tok lebai dan tok imam bagi peluang kat kita, kita janganlah jadi prof kadok naik junjung. Bila orang da mula meluat, baru prof kelupuq cari sokongan kat pelajar2.. Takdak class Punya olang. Pelajar yang dipilih pulak adalah pelajar yang ada masalah disiplin. Mak bapak hantar pergi sekolah untuk belajar rajin-rajin,bukan buat demo.

Kalau buat demo atas sebab kenaikan harga barang ke, kenaikan tol ke, membantah kenyataan-kenyataan yang merendahkan tok lebai dan tok imam ke takpelah jugak,ini kes sekolah bestari..apa class. Semoga pelajar-pelajar tersebut mendapat sokongan daripada prof kesayangan saya iaitu prof serba tau al aziz bari yang membuat kenyataan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin. Takyah nak petik-petik nama orang lain lah prof, cubalah berdiri di atas kenyataan sendiri.

Wednesday, May 25, 2011

Ni kempen ka apa?

"Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'Anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi Muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.' Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui." Dr Asri Zainal Abidin.

Kata- kata daripada bekas mufti Perlis ini memang ada benarnya. Bagaimana penghayatan dan kefahaman Islam oleh anak-anak orang Umno boleh menjadi baik jika dasar parti tidak meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Adakah parti yang mengutamakan hiburan dan amalan rasuah mampu menjadi satu medium utama untuk berdakwah kepada ahli-ahli nya. Di sinilah berlakunya perbezaan yang amat ketara antara parti Umno dan Pas.

Kepimpinan Berteraskan Ulama adalah satu formula yang penting dalam menangani permasalahan yang sedang berlaku.. Bab yang ni saya nak lajak sikit. Di dalam Pas, ulama- ulama Pas memainkan peranan yang cukup penting dalam semenjak Pas ditubuhkan. Dengan ulama lah segala permasalahan dalaman Pas baik dari segi sosial, ekonomi dan politik dapat diselesaikan dengan begitu baik sekali.

Penghormatan yang diberikan kepada ulama- ulama Pas dalam memimpin parti secara tak langsung memberikan kesan kepada ustaz-ustaz, imam-imam, tok lebai dan mereka- mereka yang menjadi tumpuan masyarakat di kawasan bandar dan kampung dalam menyelesaikan masalah- masalah yang saya sebutkan tadi. Kalau bab kahwin, kita tak carik prof madya a aziz bari untuk mintak tolong selesai. Kalau bab perniagaan cara islam, kita tak carik prof madya a aziz bari untuk selesaikan,bab politik pun begitu juga, kita tak carik ulama umno yang memang kita tau hancur.

Sapa yang kita cari? Kalau saya, saya akan cari mereka yang ahli dalam bab agama untuk selesaikan setiap masalah yang berlaku dalam masyarakat kerana kita orang Islam. Itulah ubat kita. Kalau macam tu prof a aziz bari ni takdak fungsi ka? Ada. Fungsi dia adalah membuat kenyataan tanpa menggunakan akal bagi mencari populariti. Kenyataan daripada seorang yang bukan ulama. Dah lama dah saya dok ikut kenyataan dia ni tapi kali ini agak melampau. Sebab itu saya nak komen sikit.

Ini saya petik dari kedah lanie. Prof madya ni kata

"Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri" .

"PAS nak syok sendiri atau mahu kemukakan alternatif kepada rakyat, kalau PAS masih bincang berapa ramai tok lebai nak diletakkan di atas (barisan tertinggi PAS) buat apa? Kalau macam ini PAS belum layak untuk menggantikan Umno."

Hang tu sapa?? Turun jatuh Pas ni pasai hang ka? Kenyataan yang menghina tok lebai tok imam ni serupa mcm konsep umno la. Ulama tak hina golongan profesional. Sebab tu saya kata ada beza. Saya cukup heran kenapa masih ada orang Pas yang dok panggil prof madya ni untuk mengulas mengenai parti Pas. Golongan profesional di dalam Pas tak perlu membuat kenyataan yang boleh merosakkan matlamat Parti.

Saya masih mahukan ulama untuk memimpin parti Pas, dan go to hell kepada professor gila yang dok pertikai kemampuan tok lebai dan tok imam. Pasai depa ni lah anak-anak kita tak tergelincir jauh jika nak dibandingkan dengan parti lagi satu. Ingat apa yang dr Maza habaq tadi. Nasihat saya, kalau di shah alam, yb khalid boleh tergugat ngn pak imam atau tok lebai, yb elok dok diam-diam dari mengeluarkan kenyataan mcm al sheikh prof madya a aziz bari tu. Jangan kerana jawatan, pokok durian yang rendang berbuah sekian lama yb pandai-pandai nak kacuk bagi lagi sedap. Dari hidup beratus tahun tinggal lima tahun satgi baru ada akai.

U all kempen untuk letakkan golongan profesional di kerusi no 2 parti. U all buat kenyataan yang merendahkan tok imam dan pak lebai . Tapi sebenarnya u all tak pernah nak jaga perasaan orang sebab u all golongan profesional. Kalau nama terkenal satu dunia takpa la jugak. Ni dalam Malaysia pun orang tak berapa kenai, so enough is enough. Think back what is our mission. What should be done for Islam. Ulama tak kempen pun mcm hangpa dok buat lanie.
Baik Azizan ka mahupun tuan Ibrahim.

Kami tak kenai hang prof. Dunia pun tak kenai hang. Jangan hang dok rasa sombong dan besaq diri dengan menghina tok imam dan tok lebai. You do your job and let the perwakilan do theirs.


Saturday, May 21, 2011

Jom Kita Bakor Aje Utusan

Utusan Malaysia. Berubah wajah tak tara mana pon, tapi isi dalam penuh dengan pembohongan sejak awai penubuhan sampai lah lani. Suara rakyat lah,itulah, inilah. Semua mai dari sapa? Dari Umno la.. Buat malu orang Melayu jaaa. Paper lain semua dok cita masalah penyeludupan dengan masalah tender makanan di sekolah kepada bangsa depa, mai tang paper melayu yakni Utusan dok cita pasai lubang juboq Saiful.

Kali ni Utusan berusaha pulak nak menimbulkan isu perkauman. Ini adalah satu usaha yang amat merbahaya. Umno telah menggunakan sepenuhnya akhbar utusan demi survival politik mereka yang retak menanti belah. Kepada umno karat yang menerima bulat2 setiap pembohongan daripada utusan dan pemimpin umno, berubahlah segera.

Aku kalau boleh nak cadangkan kita semua ambil satu hari di setiap bulan untuk bakor je Utusan tu di seluruh negara. Tiap2 bulan kita berkumpul dan bakor paper Utusan tu sampailah mereka berhenti merosakkan pemikiran ahli Umno karat yang bertaraf dunia tu.

Lagi satu aku cabar utusan letak logo " untuk ahli umno sahaja" di muka depan paper mereka sebagaimana yang harakah sedang lakukan sejak dari dulu lagi. Bangsa Melayu Umno yang penakut mcm ni pun ada orang dok harap memartabatkan Melayu ka? Semoga cadangan membakar Utusan Malaysia setiap bulan dapat dilaksanakan demi menghentikan segala fitnah dan pembohongan yang aku kira memang bahaya untuk seluruh rakyat Malaysia.