Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Selamatlah parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah
Inilah lagu tema Pas yang memberikan semangat kepada ahli-ahli nya untuk berjuang dan membimbing masyarakat agar kembali kepada kebenaran. Lagu yang telah sebati di dalam jiwa ahli-ahli Pas. Lagu yang sering dinyanyikan agar semangat perjuangan menentang kezaliman tidak luntur di dalam jiwa mereka. Dan mereka inilah yang akan memenuhi Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan kepada Himpunan Bersih 2 kelak dalam menuntut pilihanraya yang adil. Kepada Patriot dan Perkasa, hayatilah lirik dan renungkanlah. Ni bukan kita rumpun Melayu..giler racis. Nak racis pi dok zaman gelap la bro. Ada akai pakai.