Saturday, February 28, 2015

Maksud zikir kepada Allah



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (١٠)

[al-Jumuah 62:9–10]

MAKSUDNYA:

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada Hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah (zikrullah) berzikir dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah (zikrullah) berzikirbanyak-banyak supaya kamu beruntung.

TAFSIRAN AYAT:

Menurut keyakinan kita orang Islam (Aqidah Islamiyyah) bahwa semua makhluk yang wujud ini adalah kenal kepada Allah dan semua mereka berzikir kepada Allah, bertasbih dan sujud kepadaNya walaupun kita tidak mengetahui secara pasti bagaimana kaifiyat (cara) mereka sujud, berzikir dan bertasbih. Ilmu tentang itu hanya ada di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’aala.

Tidak ada satupun makhluk yang berada di alam maya ini yang bolih meninggi diri di hadapan kebesaran Allah.

Allah berfirman:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدَهِ وَلَـكِن لاَّ تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya : Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih (berzikir dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih (berzikir)mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.

[al-Israa 17:44]

وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاء وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللّهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ

Maksudnya: Dan guruh itu bertasbih dengan memuji Allah, (demikian pula) para malaikat karena takut kepadaNya.

[ar-Ra’d: 13]

( ٦ ) الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ (٥) وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

Maksudnya: Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. Dan bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya sujud kepada Nya.

[ar-Rahman 55:5-6]

Jadi kalaulah semua makhluk yang tidak berakal mereka berzikir, bertasbih dan sujud kepada Allah Azza Wa Jalla sebagaimana kandungan ayat-ayat di atas, bukankah ini berarti bahwa manusia – sebagai makhluk yang paling istimewa

– lebih utama untuk berzikir, bertasbih dan sujud kepadaNya? Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman agar berzikir kepadaNya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا(٤١)وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا (٤٢)

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah, (dengan) berzikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.

[al-Ahzab 41-42]

Di dalam ayat di atas, zikir disebut terlebih dahulu daripada tasbih karena tasbih adalah salah satu jenis daripada zikir. Ini sebagaimana al-Quran menyatakan bahwa makna zikir adalah lebih umum dan lebih luas daripada tafkir (berfikir) karena zikirlah yang mendorong seseorang agar memikirkan makhluk ciptaan Allah.

Apa makna zikir kepada Allah?

Mengapa Allah menyuruh mukminin agar berzikir sebanyak-banyaknya kepadaNya?

Sebelum kita menjawab pertanyaan di atas, terlebih dahulu marilah kita perhatikan sampai di manakah kesesuaian sesetengah zikir yang dilakukan olih sebahagian golongan pada hari ini dengan ajaran Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam)? Mereka berzikir dengan suara yang nyaring sambil menggoyang-goyangkan badan ke kiri dan ke kanan, malahan ada yang sampai dalam tidal sedarkan diri.

Mereka mendakwa kononnya begitulah cara berzikir yang paling afdhal. Tetapi sebenarnya mereka bukanlah berzikir. Mereka pada hakikatnya telah menghabiskan kehidupan mereka dengan mengikuti cara Yahudi dan penyembahan berhala.

Al-Quran telah menjelaskan kepada kita tentang as-Samiry iaitu orang yang telah berjaya menyesatkan kaum Musa (as) supaya menyembah ‘Ijl (patung anak lembu yang dibuat daripada emas). Para Mufassirin (ulama tafsir) menjelaskan bahwa cara mereka memuja ‘Ijl itu ialah dengan berzikir sambil menggoyang-goyangkan badan. Demikian juga pemujaan di kalangan golongan yang berpahaman animisma, sebagaimana kita saksikan pada masyarakat primitif.

Imam al-Qurthuby meriwayatkan di dalam tafsirnya bahwa Imam Abu Bakar al-Tharthusy ketika ditanya tentang amalan zikir golongan di atas, lalu beliau menjawab:

(Berzikir sambil menggoyang-goyangkan badan itu adalah puak yang jahil dan sesat. Tidaklah Islam melainkan al-Quran dan Sunnah RasulNya. Adapun berzikir sambil menggoyang-goyangkan badan dan tidak sedarkan diri, yang mula-mula menciptakan cara zikir ini ialah as-Samiry iaitu ketika ia menyuruh kaumnya agar menyembah ‘Ijl (patung anak lembu). Ini adalah agama kafir dan amalan penyembah berhala)

(Diambil dari kitab : Allah Dalam Akidah Islam, olih: Ahmad Bahjad, Cairo, halaman 183)

Jika kita jauhi zikir cara di atas, kalau begitu apakah maksud zikir dan bagaimanakah cara Rasul berzikir?

Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) kalau sedang duduk berzikir dengan para sahabatnya, seolah-olah di atas kepala mereka masing-masing ada burung yang sedang bertengger. Demikianlah gambaran betapa senyap, hening dan tenangnya keadaan mereka berzikir kepada Allah. Sungguh tepat firman Allah:

وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعاً وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

Maksudnya: Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak menyaringkan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

[al-A’raaf 7:205]

Sesungguhnya zikir yang paling sederhana ialah zikir dengan lisan, seperti menyebut-nyebut nama-nama Allah. Dan darjat zikir yang lebih tinggi daripada zikir-zikir tersebut ialah menghadirkan konsep Allah di dalam hati.

Selain zikir lisan dan zikir hati, ada lagi jenis zikir yang lebih tinggi darjatnya iaitu melaksanakan hukum Allah di atas muka bumi, mengamalkan kandungan al-Quran di dalam kehidupan sehari-hari.

Zikrullah adalah kehidupan; karena manusia adalah makhluk yang akan musnah, sedangkan Allah adalah Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Berhubungan dengan Allah berarti kita berhubungan dengan kehidupan hakiki.

Sungguh tepat ungkapan Nabi (sallallahu alayhi wasalam):

مثل الذي يذكرالله والّذي لايذكرالله مثل الحِّي والميِّت

Maksudnya: Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah seperti perbandingan antara orang hidup dengan orang mati.

Zikrullah adalah ibadah; seperti salat, puasa, haji, jihad pada jalan Allah. Zikrullah adalah keilkhlasan. Zikrullah adalah cinta kepada Allah. Zikrullah juga mengandungi makna mengenal kehidupan dan segala cabarannya, mengenal ilmu pengetahuan dan hakikatnya.

Jadi adalah keliru sikap orang yang membatasi makna zikir hanya pada zikir lisan dan hati saja. Sebenarnya zikir amal adalah lebih tinggi daripada kedua-duanya.

Memisahkan antara zikir lisan dan zikir hati dengan zikir amal berarti dengan memisahkan antara akidah dengan syari’ah atau antara iman dengan amal. Inilah bid’ah yang dicipta olih orang akhir zaman, yang keadaan ini tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah (salallalhu alayhi wasalam). Malahan jenis zikir yang paling populer di zaman beliau adalah justeru zikir amal. Hakikat ini tergambar jelas dengan terwujudnya Negara Islam Madinah dan semangat jihad pada jalan Allah.

Pada asalnya maksud zikrullah ialah agar dapat memberi kesan kepada kehidupan dan dapat dirasakan kebaikannya olih manusia ramai. Kesan positif yang dimaksud itu tidak akan dapat dicapai kecuali melalui zikir amal. Zikir amal dapat membawa kepada kejayaan dan keberuntungan.

Firman Allah:

وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: …dan berzikirlah kepada Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

[al-Jumu’ah 62:10]

Adapun zikir lisan dan zikir hati. Kebaikannya hanya untuk peribadi orang berkenaan sahaja. Faedahnya tidak dapat dirasakan olih orang lain. Kedudukannya secara peribadi di sisi Allah memang mulia. Ini sebagaimana firman Allah di dalam hadis al-Qudsi:

أَنَا جَلِيْسُ ذَكَرَ نِي

Maksudnya: Aku (Allah) akan duduk bersama dengan orang-orang yang berzikir kepadaKu.

Jadi di atas dasar ini semua maka kita hendaklag menggabungkan antara jenis-jenis di atas pada diri kita. Kita hendaklah banyak menyebut nama Allah, kita mestilah sematkan di dalam hati akan kebesaran dan ingat akan hukum-hakam Allah, dan selanjutnya kita laksanakan dengan anggota segala ketentuan Allah SWT.

Perhatikanlah ayat-ayat bab di atas (al-Jumu’ah; 9-10). Ayat ini menggabungkan antara dua jenis zikir dimaksud. Zikir pertama bermaksud: Mendirikan salat Jum’at. Inilah jenis zikir lisan dan hati. Sedangkan zikir kedua pula bermaksud: zikir amali iaitu kerja-kerja dalam kehidupan harian dalam menjalankan tugas sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Dan dengannya kita bolih mendapat kejayaan.

Allah berfirman dalam hadis Qudsi: (yang bermaksud)

Allah berfirman: Wahai anak Adam, jika kamu berzikir (ingat) kepadaKu di dalam hatimu nescaya Aku akan ingat kepadamu dalam diriKu, dan jika kamu berzikir kepadaKu di khayalak ramai, niscaya Aku akan ingat kepadamu di khayalak ramai yang lebih baik daripadanya, dan jika kamu menghampiri Aku sejengkal, niscaya aku akan menghampiri kamu sehasta, dan jika kamu menghampiri Ku sehasta, niscaya Aku akan menghampirimu sedepa, dan jika kamu menghampiriKu dengan cara berjalan, niscaya Aku akan menghampirimu dengan cara berlari.

(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Hadis di atas menyatakan tentang beberapa jenis zikir. Maksud zikir manusia kepada Tuhannya di dalam dirinya ialah zikir lisan dan zikir hati. Sedangkan zikir manusia kepada Tuhannya di khayalak ramai maksudnya ialah amal iaitu melaksanakan hukum-hakam Allah di atas permukaan bumi ini. Olih sebab itu zikir kepada Allah tidaklah terbatas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua waktu adalah sesuai untuk berzikir.

Olih sebab itu sekiranya manusia menginginkan agar hidupnya senantiasa diberkati dan dicucuri rahmat olih Allah SWT mereka hendaklah senantiasa berzikir kepada Allah dalam pengertian yang kita jelaskan di atas.

Dan ini sangat sesuai dengan janji Allah SWT:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ

Maksudnya: karena itu, berzikirlah (ingatlah) kepadaKu niscaya Aku akan ingat kepadamu…

[al-Baqarah 2:152]

Syekhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud menafsirkan ayat di atas, (ingatlah kepadaKu): merendah dirilah kamu terhadap ke AgunganKu, (niscaya Aku ingat kepadamu): niscaya Aku akan cucuri rahmat dan berkat dalam hidupmu serta Aku akan ampuni dosa-dosamu.

Credit to purnama Cahaya

Friday, February 27, 2015

Penemuan kaum 'Ad Nabi Hud AS


Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration

Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. 

Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. 

Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.

Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
a




















Penemuan Arkeologi di Kota Iram

Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan  yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)



Kelahiran Nabi Muhammad


    Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran baginda tersebut telah timbul beberapa mukjizat. Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan tentu akan merasa sakit, namun bonda Rasulullah SAW tidak merasakan rasa sakit tersebut. Setelah Rasulullah SAW dipisahkan dari ibunya, setelah dilahirkan, maka baginda langsung sujud ke hadrat Allat SWT kemudian mengatakan: “Umatku, umatku!” Rasulullah SAW lahir dalam keadaan sudah dikhatankan. Syaitan-syaitan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah SAW dilahirkan. Padahal sebelumnya, syaitan-syitan itu dapat naik dan turun ke langit, untuk mendengar percakapan serta perbualan yang dilakukan oleh para maaikat. Ketika mereka dilarang naik ke langit itu, maka mereka berkumpul dan menemui iblis, mereka berkata: “Dulu kami boleh naik ke langit, tetapi hari ini kami telah dilarang untuk naik.” Iblis menjawab: “Bersabarlah kamu semua di permukaan bumi, dari barat sampai ke timur dan perhatikan dengan baik-baik apa sebenarnya yang telah terjadi.” 

    Mereka berusaha mencari. Akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke Kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad SAW sedang dikelilingi oleh para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat dan sejahtera antara satu dengan lain. Kemudian, pulanglah syaitan-syaitan itu menghadap kepada Iblis, sambil menceritakan semua apa yang telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata: “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.” 

    Kabul Akhbar ra. berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kaum Musa as. tentang saat kelahiran Nabi Muhammad SAW, ia berkata “Sesungguhnya bintang keadaanya tetap yang kamu ketahui itu bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir”. 

    Ketika Rasulullah SAW lahir, bintang itupun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka. 

    Dan Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa a.s. di dalam kitab Injil, bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawa Rasul yang dijanjikan dalam Kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi peristiwa tersebut dirahsiakan, disebabkan kedengkian mereka juga.

    Di dalam Kitab Zabur pun Allah SWT membeitahu, bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi.

     Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itupun mengeluarkan air yang melimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu, namun kerana kedengkian mereka, berita itupun mereka rahsiakan. 

    Halimah, ibu susuan Nabi Muhammad sebelum ia menyusukan Rasulullah, salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu. Namun ketika ia letakkan susunya itu ke mulut Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah. 

    Ketika Rasulullah SAW telah dilahirkan, terdengarlah suara dari sudut-sudut Kaabah. 

            Dari sudut pertama: “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.” 

            Dari sudut kedua: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.” 

            Dari sudut ketiga: “Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.” 

            Dari sudut keempat: “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar berita gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang.” 

    Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata: “Ketika aku sedang berada di Kaabah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah. Dan aku terdengar suara dari dinding Kaabah mengatakan “Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku dari berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui.” 

ASUHAN

(i) Ummu Aiman dan Halimah Sa’diyyah 

        Muhammad SAW telah dilahirkan sebagai anak yatim tetapi Allah SWT telah menjadikan anak kecil ini sebagai tempat mencurah kasih sayang. Setiap orang yang terpandang wajahnya timbul rasa kasih sayang kepadanya. Antara wanita yang amat menyayanginya ialah Ummu Aiman seorang wanita hamba dari suku Habsyi yang berkulit hitam yang sudah lama menjadi pembantu di rumah pasangan Abdullah dan Aminah. Namun, di awak kelahiran baginda, Ummu Aiman hanya sempat menjaga baginda bersama bondanya Aminah beberapa hari sahaja. Setelah Muhammad menyusu dengan Halimatus Sa’diyyah dan tinggal bersama beliau dan keluarganya di kampung Bani Sa’d baginda adalah di bawah asuhan Halimah.

         Sesungguhnya Halimah mempunyai kepandaian yang luarbiasa dalam hal mendidik anak, mulai dari akhlak hinggalah kebersihannya. Pada hal Halimah hanyalah seorang wanita kampung dan nyata hasil dari didikannya itu Muhammad menjadi makhluk paling mulia di dunia hingga akhirat..

         Setelah umur baginda 4 tahun 1 bulan, Muhammad diserahkan kepada keluarganya. Namun cinta dan kasih sayang baginda kepada wanita yang telah mengasuhnya, menyusu dan mendidinya selama bertahun-tahun memang tidak dapat dilupakan selama hayatnya. Ini jelas terbukti apabila seorang utusan datang kepada baginda menyampaikan berita tentang kewafatan ibu susuannya itu. Tanpa menyembunyikan kesedihannya, baginda mencucurkan airmata di hadapan para sahabat yang ada sekelilingnya. 

        Mengenai Ummu Aiman, setelah meneruskan perjalanan bersama Muhammad setelah kewafatan ibunya, beliau membawa Muhammad menemui datuknya dan bapa saudaranya. Setelah Muhammad diserahkan kepada datuknya, Ummu Aiman terus menjadi pengasuhnya sehinggalah Muhammad dewasa dan berkahwin dengan Khadijah. Beliau terus dimerdekakan dan berkahwin dengan seorang lelaki Madinah yang tinggal di Mekah bernama U’baid. 

        Sepanjang hayatnya Rasulullah SAW sentiasa berusaha membahagiakan hati Ummu Aiman seperti ibu kandungnya sendiri. Setelah suaminya meninggal dunia Ummu Aiman telah berkahwin dengan sahabat Rasulullah yang juga bekas hamba, iaitu Zaid bin Harithah. Anak-anak beliau iaitu Aiman bin Ubaid dan Usamah bin Zaid kemudiannya telah berjuang bersama-sama Rasulullah saw menegakkan panji-panji Islam.

 (ii) Ibu kandungnya Aminah Binti Wahab.

        Tidak lama selepas peristiwa pembedahan dadanya oleh malaikat Jibril AS, iaitu ketika Rasulullah SAW telah berusia empat hingga lima tahun, Halimah Al Sa’diyyah telah memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya. Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib buat menziarahi kubur suaminya. Untuk itu, beliau dari Mekah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang yatim itu, diiringi pembantunya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib. Di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau pun berangkat pulang. Semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama “Al Abwa” yang terletak di antara Makkah dan Madinah. 

(iii) Datuknya Abdul Mutalib bin Hashim 

    Abdul Mutalib membawa Muhammad pulang ke Makkah dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini anak yatim piatu. Duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya yang lain. Beliau tidak pernah meninggalkan baginda seorang diri, meskipun dalam keadaan terpaksa. Sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan baginda lebih dari cucunya yang lain. Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari, datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun, sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.

 (iv) Bapa Saudaranya Abu Talib bin Abu Mutalib

     Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya. Beliau meletakkan baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan kepada Muhammad dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan. Sejak dari kecil Muhammad SAW sudah biasa bekerja mengembala kambing. Sepanjang tinggal bersama bapa saudaranya Muhammad SAW turut membantu bapa saudaranya berniaga. Mereka sentiasa berulang alik menjalankan perniagaan antara Syam dan Madinah.

       Selama tempoh empat puluh tahun Abu Talib sentiasa menyokong baginda, melindungi, membenarkan baginda malah sanggup bertindak dengan apa saja cara demi mempertahankan Muhammad. Abu Talib pernah membawa Muhammad ke Syam dan mereka menjadi tetamu kepada seorang paderi yang bernama Buhaira. Buhaira menjelaskan kepada Abu Talib bahawa pada diri Muhammad ada tanda-tanda kenabian dan beliau menasihatkan Abu Talib supaya segera membawa Muhammad kembali ke Mekah untuk menyelamatkannya dari tindakan jahat orang-orang Yahudi. Abu Talib segera menghantar Muhammad pulang bersama beberapa orang pembantunya.