Sunday, July 26, 2015

Konsep sabar dalam kehidupan


Menurut syariat Islam........

Sabar bermaksud tabah menghadapi sesuatu

keadaan yang tidak disenangi oleh manusia

serta rela menyerah diri kepada Allah dan tidak
pernah mengenal putus asa. Contohnya,
sabar menunaikan sembahyang lima waktu
sehari semalam dan sabar ketika menghadapi
kesakitan dan berusaha mengubatinya.

Terdapat lima tahap kesabaran yang perlu
diamalkan oleh umat Islam....
i) Kesabaran dalam perjuangan seperti ketika
berperang menghadapi musuh atau
berjuang menjalankan dakwah Islam
kepada orang ramai atau kesabaran sewaktu
menuntut ilmu pengetahuan.
ii) Kesabaran menanggung musibah atau
ujian penderitaan seperti Allah memberi
ujian kesakitan dalam diri manusia.
iii) Kesabaran ketika ditimpa kemiskinan dalam
kehidupan seperti pendapatan yang
semakin berkurangan, tanggungan yang
semakin ramai dan harta benda hilang
dicuri orang.
iv) Kesabaran ketika Allah memberi kesenangan
supaya berwaspada menggunakan
kesenangan yang ada untuk dibelanjakan
pada jalan yang diredai Allah.
v) Kesabaran ketika menunaikan ibadat yang
diwajibkan seperti berpuasa dalam bulan
Ramadan dan kesabaran meninggalkan
segala amalan yang diharamkan oleh
Allah seperti memfitnah dan mengumpat
orang lain.....

Kepentingan sifat sabar kepada
seseorang Islam dan masyarakat Islam.
i) Manusia akan lebih berhati-hati di dalam
menghadapi perjuangan kehidupan.
ii) Manusia akan memiliki sifat ketahanan
diri yang berterusan dan tidak mudah
putus asa dan kecewa.
iii) Manusia akan lebih rajin dalam usaha
untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
iv) Manusia akan lebih kuat mengingati Allah
kerana mereka mengetahui bahawa

Sikap orang beriman ketika menerima ujian
Allah SWT ialah:
i) Tidak mudah berputus asa dan kecewa
kerana dia menginsafi bahawa semua
yang berlaku adalah daripada ketentuan
Allah.
ii) Tabah menghadapi ujian Allah dengan
reda dan lapang dada.
iii) Mereka sentiasa sabar menyelesaikan sesuatu
masalah biarpun cara penyelesaiannya
memakan masa yang panjang.
Sikap orang yang tidak beriman ketika menerima
ujian Allah SWT ialah:
i) Mereka akan melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan syariat Islam ketika
menyelesaikan ujian daripada Allah.
ii) Mereka cepat berputus asa dan kecewa
ke atas takdir dan ketentuan Allah yang
diberikan kepada mereka.
iii) Mereka terus menyalahkan takdir Allah
SWT tanpa bermuhasabah ke atas perbuatan
yang pernah dilakukan pada masa
lalu....


Dua sebab Allah menurunkan
pelbagai ujian kepada manusia.
i) Bagi menentukan golongan yang benar-benar
ikhlas beriman kepada Allah dan
bagi memastikan golongan yang purapura
beriman kepada Allah.
ii) Sebagai membuktikan kekuasaan dan
kebijaksanaan Allah di dalam mencipta
alam ini.

Di dalam menghadapi ujian Allah terdapat
cara yang berbeza dilakukan oleh
orang beriman dengan orang yang kufur.
Tindakan yang dilakukan oleh orang beriman
ketika menjalani ujian Allah ialah.....
i) Menyedari ujian yang menimpa ke atas
dirinya hanya bersifat sementara.
ii) Semakin meningkatkan semangat beribadat
kepada Allah dengan penuh reda
dan tawaduk.
iii) Berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan cabaran yang menimpa
dirinya.
iv) Menerima ujian Allah dengan sabar, tenang
dan tabah.
Tindakan yang dilakukan oleh orang yang
kufur ketika menjalani ujian Allah ialah:
i) Cepat berputus asa dalam ujian dan berterusan
menyalahkan takdir.
ii) Bertindak meninggalkan suruhan Allah
kerana mereka berpendapat Allah tidak
menyayangi diri mereka.
iii) Sanggup melakukan larangan Allah asalkan
kesulitan dan penderitaan yang dilaluinya
dapat diselesaikan dengan apa
cara sekali pun.
iv) Mereka menganggap masa depan telah
musnah dan kehidupannya tidak berguna
lagi....


No comments: