23 Feb 2010 8.45 malam telah berlangsungya perlawanan bola sepak antara skuad olimpik Malaysia dan Pakistan. Apa yang mampu saya katakan adalah superb..tahniah Ong Kim Swee yang merupakan coach skuad olimpik. Ia merupakan satu perlawanan yang amat menarik dan menjadi bahan bualan di kalangan peminat bola sepak tempatan. Saya bersama rakan-rakan pada malam itu telah bersetuju untuk menyaksikan perlawanan tersebut di sebuah kedai makan di bandar baru bangi. Setelah mengorder makanan dan minuman maka pandangan kami beralih kepada skrin besar yang disediakan di kedai tersebut.
Pada awalnya kami merasakan pasukan malaysia bermain seperti Malaysia.heheh..main seperti Malaysia? Ok mcm mana main seperti Malaysia ni..main seperti malaysia ni sinonim dengan main mcm hawaq di mana dari gol keeper sampailah ke striker bermain tak ikut tune. Defence main chord c, midfield pulak up sikit bagi jadi c#. Mcm tulah jugak dengan striker. At the end, kalau menang pun pasai memang dah takdir nak menang tapi game hancus.
Ok, itu team negara, sekarang ni cuba kita lihat di negeri pulak.. Takkanlah kedah atau selangor mahupun kelantan boleh perform lagi baik dari team negara? Lagi hancoq lagi adalah..beli koci sepuluh siap ayaq botoi lima pun boleh habis bila tengok team negeri main. Saya selalu turun stadium tengok kedah main dan tiap kali turun tengok bola, saya boleh kuar stadium kejap carik gerai jual koci sebab mutu permainan team kedah tidak mampu untuk menarik perhatian saya dan 24 lagi penonton yang turun sekali dengan saya untuk ke gerai tersebut.
Sesiapa pun marah dan geram kalau mutu permainan seperti hawaq ini tidak diubah dengan segera. Peminat bola sepak tempatan yang pergi ke stadium ini bukanya masuk free. Mereka membayar duit tiket. Ada yang datang dari jauh untuk menyokong pasukan mereka. Berbagai pengorbanan mereka lakukan demi untuk melihat pasukan mereka main dengan baik. Peminat bolasepak tempatan bukanya bodoh untuk menilai prestasi permainan pasukan mereka. Zaman teknologi dan I.t makes world without boundries..Tunisia, egypt dan kini libya adalah negara yang dipilih oleh rakyat mereka untuk proses transformasi melalui revolusi kesan daripada penggunaan i.t.
Begitulah juga di malaysia. Fam kata team negeri selepas ini akan perform sebab kami dah ada formula mcm dalam game smurf tu. Dalam masa yang sama peminat bola sepak dihidangkan corak permainan bola sepak eropah di astro. Budak tadika pun boleh nilai cara malaysia main bola. Ada pulak idea dari fam nak bagi team negeri buat jadual game ikut suka, kalau ada game best liga inggeris di astro malam tu. Ni apa punya kuno punya pemikiran ni?
Takkan nak suruh geng2 muda buat revolusi jadi looters kat bangunan FAM kot?
Kalau free tak jadi masalah. Tapi semua ni duit. Barang mahal, nak beli minyak pun berebut serupa somalia lagi. Yang seludup beras sikit pun mati kena pukul dan yang tak terlibat dalam pergaduhan pun kena tembak. Malaysia baru ka malaysia apa ni? Zaman saya dulu tak pernah jadi kejadian mcm ni. Negara lain waktu keja 6 jam bole hidup selesa tapi kita sampai siang malam baru nak boleh. Apa salahnya kalau kita berikan sedikit release untuk buang segala tekanan hidup di Malaysia ni dengan memajukan mutu permainan bola sepak seperti yang ditunjukkan oleh skuad olimpik negara malam tadi.
Atas sebab adat yang kuat yang diterapkan di dalam bangsa melayu ni menjadi pengimbang kepada sifat dengki yang diwarisi oleh orang melayu ni turun temurun. Senang cita dengki tu memang dok ada cuma adat saja yang mengelakkan orang melayu untuk mengamuk. Amok tu pun ada kat orang melayu saja.. Kelebihan orang melayu ni yang buruk pun ada yang baik pun ada.
Skuad olimpik bermain dengan begitu baik sekali..serang mcm arsenal midfileld and defend mcm barca walaupun tak sama tapi intend tu ada. Bola pulak jarang out dan permainan menghiburkan. Ini adalah satu corak permainan yang perlu diterapkan ke dalam pasukan negeri. Saya dan rakan2 cukup berpuashati dengan corak permainan yang ditunjukkan. Ong kim swee perlu diberikan tugas khas untuk membimbing coach2 negeri dalam proses untuk memajukan mutu permainan bola sepak negara. Kat sini lah sifat dengki melayu tu akan timbul..buang semua tu kerana generasi muda seluruh dunia sudah bersuara dan kami semua mahupun jaminan untuk hidup selesa dalam negara kami.
Kepada puak2 tua kat FAM tu, berubahlah.Jika sayang kepada negara mulakanlah dengan mengubah corak permainan bola sepak negara. Skuad olimpik negara telah berjaya membuktikan kepada semua peminat bola tempatan bahawa malaysia mampu bermain seperti jepun. Kalau tidak, hatiku bergelora...
No comments:
Post a Comment