Sunday, May 29, 2011

Pakatan sama sahaja dengan BN by Prof Aziz Bari

Kepada Prof Aziz Bari, saya pun mendapat perspektif yang tak jauh berbeza dengan Prof. Bagi saya 6 pelajar Kuin yang hebat itu perlu diberikan keadilan. Mereka ini ibarat pelajar harapan yang mampu mengubah perspektif prof dan saya.. Kecelaruan untuk membezakan hak parti dan hak negeri di dalam diri pelajar ini adalah satu yang perlu kita banggakan. Pelajar2 seperti inilah yang prof perlukan untuk memnperbetulkan perspektif prof yang memang sentiasa berbeza dengan orang lain. Jadi untuk mengatakan yang Pakatan itu sama sahaja dengan Bn, Prof perlu menyelaraskan perspektif prof itu dulu agar sama dengan semua orang.

Tak salah untuk Prof meraih sokongan daripada pelajar2 yang bermasalah ni sebab saya lihat prof sendiri pun ada masalah dari segi perbezaan perspektif automotif. Lain kali bila tok lebai dan tok imam bagi peluang kat kita, kita janganlah jadi prof kadok naik junjung. Bila orang da mula meluat, baru prof kelupuq cari sokongan kat pelajar2.. Takdak class Punya olang. Pelajar yang dipilih pulak adalah pelajar yang ada masalah disiplin. Mak bapak hantar pergi sekolah untuk belajar rajin-rajin,bukan buat demo.

Kalau buat demo atas sebab kenaikan harga barang ke, kenaikan tol ke, membantah kenyataan-kenyataan yang merendahkan tok lebai dan tok imam ke takpelah jugak,ini kes sekolah bestari..apa class. Semoga pelajar-pelajar tersebut mendapat sokongan daripada prof kesayangan saya iaitu prof serba tau al aziz bari yang membuat kenyataan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin. Takyah nak petik-petik nama orang lain lah prof, cubalah berdiri di atas kenyataan sendiri.

No comments: