Politik melahirkan haiwan! Ia dinamakan haiwan politik - political animal. Ia tidak wujud dalam politik Islam, tapi wujud dalam Parti Politik Islam yang terpalit gaya Machevelli apabila kuasa menjadi buruan dengan niat berlapis-lapis. Kuasa diburu untuk melonjak taraf sosial dan taraf ekonomi. Kuasa mahu diguna untuk mengagihkan hasil berkuasa. Yang tidak mahu semua itu, kuasa diburu atas sifat cemburu, ingin merasainya dan menunjukkan gaya kuasa yang lebih baik. Sebagai pemerhati dan pengkagum politik PAS yang bekerja dalam lingkungan BN, aku tidak ketinggalan memerhati, mengkaji, menganalisa dan merumuskan apa yang telah dan sedang terjadi.
Bahtera telah berjaya di tebuk. Ustaz Azizan telah selamat sebagai MB daripada PAS yang Pertama dan Terakhir. Kalau beginilah gaya perjuangan PAS, UMNO jauh lebih baik daripada banyak sudut walaupun cacat dalam banyak hal. kaum yang menentang pemimpin yang diangkat oleh ummat Islam umpama golongan khawarij - Nauzubillahi min zaalik- Harap Tuanku Sultan mempunyai pertimbangan yang terbaik dalam hal ini"
Ramai yang hairan dan terkejut dengan apa yang telah berlaku di Kedah dalam tempoh sebulan ini. Ramai yang terpinga-pinga. Untuk memahaminya dengan jelas, umum perlu tahu tentang episod pertama rencana ini yang terjadi 6 bulan lalu. Rancangan ini didalangi pihak tertentu (semua orang tahu siapa dia....) untuk menurunkan Ustaz Azizan (UA) daripada kerusinya pada bulan Ogos- September 2011. Rencana di kolum Jocelyn Tan di akhbat Star mencatatkan hampir semua plot dalam episod ini. Penulis ini telah mengkaji dan mengkagumi UA sejak 20 tahun lalu.
Waktu itu isu kesihatan UA dijadikan alasan. Beliau dirawat di IJN selama hampir sebulan, dan selepas pulang menjelang Hari Raya, beliau mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah. Waktu inilah agenda dan rencana licik itu mencapai kemuncak. Aku kurang pasti tarikhnya secara tepat tetapi aku diceritakan oleh seseorang bagaimana episod sadis itu dilaksanakan dua bulan selepas Jocelyn Tan membongkar di kolumnya. Aku sangat yakin dengan kisah itu kerana sewaktu menanti jenazah
Antara kemuncak dari episod pertama ialah menyusun Timbalan Presiden melawat UA dua kali dalam tempoh sebulan untuk meneliti tahap kesihatan yang kian merosot. Setiausaha PAS Kuala Kedah turut melawat UA di hospital...sesuatu yang amat luar biasa. Kesan dos antibiotik yang berlebihan telah menyebabkan UA iluminate (berhalunisasi) hingga diatur pakar psikatri (pakar jiwa/gila) untuk menjalankan ujian mental ke atas UA dan membekalkan pelbagai ubat untuk rawatan penyakit mental. Allah menyelamatkan UA apabila pakar gila itu tak mampu menahan kemarahan UA bila menyedari sesuatu sedang dilakukan.
Penghujung episod pertama yang digagalkan ialah membawa Presiden dan SU Agong bertemu pasukan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, meninjau UA di rumah dan mengadap Tuanku Sultan untuk mempersembahkan laporan kesihatan UA. Aku diceritakan UA akan terjatuh dari kerusinya paling lewat ialah pada 14 September 2011sebelum menyertai lawatan Tuanku Sultan ke Australia pada 16 September. UA akan pulang dari Australia sebagai MB yang sedang dipangku jawatannya oleh seseorang (semua orang tahu siapa dia).
Kisah menarik dalam episod pertama ini ialah seorang Exco tergopoh gapah pulang ke kampungnya di Terengganu dengan niat kedua untuk memberi taklimat kepada Presiden tentang tahap kesihatan UA. Waktu itu presiden ke laut memancing. Seorang pimpinan kanan PAS membuat panggilan telefon kepada tekong bot yang membawa presiden untuk membawa presiden pulang ke darat kerana ada Exco Kedah hendak berjumpa atas urusan an mustahak. Mereka berjumpa selepas solat Asar. Plot ini turut melibatkan Cikgu Haji dari Batu 16 yang diketahui umum bermusuh dengan UA.
Presiden dan SU Agong dijadualkan terbang ke Alor Setar pada hari selasa, tiket pesawat sudah dibeli. Pada hari Sabtu, 3 hari sebelum lawatan presiden, sewaktu rumah terbuka UA di Sg Limau, rancangan itu di patahkan- hanya dengan satu panggilan telefon!
Selepas episod pertama, tokoh besar dalam episod dua merasakan dirinya menjadi kambing hitam (walaupun dia sebenarnya 'kambing puteh') kepada pihak lain yang mahu UA digulingkan. Ke mana saja dia pergi, di mana saja dia berada, dia dihantui rasa bersalah dan punggungnya seperti di cucuh api. Kepanasannya meluap-luap tetapi tidak sampai menyala.
Sehingga kes tanah Bt9 yang melibatkan mafia dari Pendang yang begitu kuat batu apinya, api episod kedua ini pun menyala... menggabungkan semua pihak yang mempunyai matlamat bersama walaupun atas kepentingan berlainan. Ia membakar PAS Kedah dan seluruh pimpinan dan ahlinya yang sedang berada di tahap kemuncak untuk menghadapi PRU13. UMNO Kedah dan UMNO Malaysia bersorak gembira, Najib datang setiap minggu mengutip laba politiknya...untuk diagihkan kepada penyokongnya di Kedah yang sedang nyawa-nyawa ikan. Mereka segar bugar sekarang, dengan untung berganda dan modal yang belum terusik. Begitulah kisah ini diceritakan!
Episod yang baru diselesaikan oleh PAS Pusat semalam adalah episod kedua dan percayalah nanti...akan ada episod ketiga. Bagaimana pula ia berlaku, kena tunggu ia terjadi. Haiwan politik dilahirkan dalam semua parti, ditelorkan oleh hati dan matlamat yang tergelincir dari landasan perjuangan. Semoga ia menjadi pengajaran!Kasihan sungguh pada UA dan pembantu- pembantu siang malamnya...juga penyokong setia di akar umbi yang membanting tulang dan keringat tanpa mengharapkan apa-apa. Mereka hanya setia dengan perjuangan atas sifat percaya dan yakin pemimpin.....dalam gerakan PAS disebut wala'. Aku akan bersedih jika perjuangan ini di kianati demi kuasa yg seciput ini..saya petik dari fb kawan. mohon restu untuk disebarkan. Jangan ulangi kesilapan lampau.
No comments:
Post a Comment