Wednesday, March 9, 2011

Pasai pa nak masuk stadium jugak? Takdak wakil ka?

Ramai tengah dok bincang pasai team kedah yang makin lama main macam taik.Ada yang bukak group khas di fb untuk melepaskan geram dan rasa tidak puashati atas mutu permainan yang ditunjukkan. Dan ramai juga yang tertarik untuk memberikan komen di laman baru mereka itu. Hinggalah apabila kedah kalah dgn felda, maka berdemolah sekalian mereka itu hingga berjaya membuka mata kfa untuk mencari coach baru.

Tahniah diucapkan kepada penyokong kenari yang berdemo malam tu hingga berjaya menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan cara yang profesional dan bertamadun. Bukan dengan bergaduh dan melakukan huru hara. Bila mukaddimah tu betui, maka akhiran dia pun betui..tapi itu part 1.. Part 2 pulak depa nak tok misai pulak turun..untuk part 2 ni kita kena ubah cara..

Dalam keadaan yang sedang memihak kepada kehendak para penyokong kenari, adalah baik jika kita melakukanya dengan lebih sistematik. Adalah lebih baik kita semua bersatu untuk tidak masuk ke stadium..mcm tajuk di atas. Pasai pa nak boikot tapi kena masuk stadium jugak ramai2? Takdak wakil ka? Yang ni orang panggil sistem.. Biaq sorang jelah masuk stadium pasang banner. Yang nak perabih duit tengok game pasai pa? Kalau satu malaysia amal cara mcm ni, kerat jari takkan ada masalah dah lepas ni..tak perlu tunggu lama untuk majukan sukan bola sepak malaysia.

Betui la kita nak sokong team kita..tapi permainan tetap mcm tu jugak. Bukan nak suruh tak masuk stadium langsung. Kedah ni da mcm kilang player kebangsaan. Sepatutnya main lebih baik dari negeri lain. Biaq la negeri lain contohi cara permainan kedah..kalau kita ajaq diri kita dan tahan nafsu dengan tidak membeli tiket (keluaq duit) kerana aksi hambar team kita, saya yakin kfa akan jv ngn barcelona untuk trained team kedah.

1 comment:

Anonymous said...

Bro, dah takde update ke? =p