Tuesday, March 6, 2012

Konspirasi untuk membunuh azizan razak..baca.

Politik melahirkan haiwan! Ia dinamakan haiwan politik - political animal. Ia tidak wujud dalam politik Islam, tapi wujud dalam Parti Politik Islam yang terpalit gaya Machevelli apabila kuasa menjadi buruan dengan niat berlapis-lapis. Kuasa diburu untuk melonjak taraf sosial dan taraf ekonomi. Kuasa mahu diguna untuk mengagihkan hasil berkuasa. Yang tidak mahu semua itu, kuasa diburu atas sifat cemburu, ingin merasainya dan menunjukkan gaya kuasa yang lebih baik. Sebagai pemerhati dan pengkagum politik PAS yang bekerja dalam lingkungan BN, aku tidak ketinggalan memerhati, mengkaji, menganalisa dan merumuskan apa yang telah dan sedang terjadi.
Bahtera telah berjaya di tebuk. Ustaz Azizan telah selamat sebagai MB daripada PAS yang Pertama dan Terakhir. Kalau beginilah gaya perjuangan PAS, UMNO jauh lebih baik daripada banyak sudut walaupun cacat dalam banyak hal. kaum yang menentang pemimpin yang diangkat oleh ummat Islam umpama golongan khawarij - Nauzubillahi min zaalik- Harap Tuanku Sultan mempunyai pertimbangan yang terbaik dalam hal ini"
Ramai yang hairan dan terkejut dengan apa yang telah berlaku di Kedah dalam tempoh sebulan ini. Ramai yang terpinga-pinga. Untuk memahaminya dengan jelas, umum perlu tahu tentang episod pertama rencana ini yang terjadi 6 bulan lalu. Rancangan ini didalangi pihak tertentu (semua orang tahu siapa dia....) untuk menurunkan Ustaz Azizan (UA) daripada kerusinya pada bulan Ogos- September 2011. Rencana di kolum Jocelyn Tan di akhbat Star mencatatkan hampir semua plot dalam episod ini. Penulis ini telah mengkaji dan mengkagumi UA sejak 20 tahun lalu.
Waktu itu isu kesihatan UA dijadikan alasan. Beliau dirawat di IJN selama hampir sebulan, dan selepas pulang menjelang Hari Raya, beliau mendapat rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah. Waktu inilah agenda dan rencana licik itu mencapai kemuncak. Aku kurang pasti tarikhnya secara tepat tetapi aku diceritakan oleh seseorang bagaimana episod sadis itu dilaksanakan dua bulan selepas Jocelyn Tan membongkar di kolumnya. Aku sangat yakin dengan kisah itu kerana sewaktu menanti jenazah
Antara kemuncak dari episod pertama ialah menyusun Timbalan Presiden melawat UA dua kali dalam tempoh sebulan untuk meneliti tahap kesihatan yang kian merosot. Setiausaha PAS Kuala Kedah turut melawat UA di hospital...sesuatu yang amat luar biasa. Kesan dos antibiotik yang berlebihan telah menyebabkan UA iluminate (berhalunisasi) hingga diatur pakar psikatri (pakar jiwa/gila) untuk menjalankan ujian mental ke atas UA dan membekalkan pelbagai ubat untuk rawatan penyakit mental. Allah menyelamatkan UA apabila pakar gila itu tak mampu menahan kemarahan UA bila menyedari sesuatu sedang dilakukan.
Penghujung episod pertama yang digagalkan ialah membawa Presiden dan SU Agong bertemu pasukan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, meninjau UA di rumah dan mengadap Tuanku Sultan untuk mempersembahkan laporan kesihatan UA. Aku diceritakan UA akan terjatuh dari kerusinya paling lewat ialah pada 14 September 2011sebelum menyertai lawatan Tuanku Sultan ke Australia pada 16 September. UA akan pulang dari Australia sebagai MB yang sedang dipangku jawatannya oleh seseorang (semua orang tahu siapa dia).
Kisah menarik dalam episod pertama ini ialah seorang Exco tergopoh gapah pulang ke kampungnya di Terengganu dengan niat kedua untuk memberi taklimat kepada Presiden tentang tahap kesihatan UA. Waktu itu presiden ke laut memancing. Seorang pimpinan kanan PAS membuat panggilan telefon kepada tekong bot yang membawa presiden untuk membawa presiden pulang ke darat kerana ada Exco Kedah hendak berjumpa atas urusan an mustahak. Mereka berjumpa selepas solat Asar. Plot ini turut melibatkan Cikgu Haji dari Batu 16 yang diketahui umum bermusuh dengan UA.
Presiden dan SU Agong dijadualkan terbang ke Alor Setar pada hari selasa, tiket pesawat sudah dibeli. Pada hari Sabtu, 3 hari sebelum lawatan presiden, sewaktu rumah terbuka UA di Sg Limau, rancangan itu di patahkan- hanya dengan satu panggilan telefon!
Selepas episod pertama, tokoh besar dalam episod dua merasakan dirinya menjadi kambing hitam (walaupun dia sebenarnya 'kambing puteh') kepada pihak lain yang mahu UA digulingkan. Ke mana saja dia pergi, di mana saja dia berada, dia dihantui rasa bersalah dan punggungnya seperti di cucuh api. Kepanasannya meluap-luap tetapi tidak sampai menyala.
Sehingga kes tanah Bt9 yang melibatkan mafia dari Pendang yang begitu kuat batu apinya, api episod kedua ini pun menyala... menggabungkan semua pihak yang mempunyai matlamat bersama walaupun atas kepentingan berlainan. Ia membakar PAS Kedah dan seluruh pimpinan dan ahlinya yang sedang berada di tahap kemuncak untuk menghadapi PRU13. UMNO Kedah dan UMNO Malaysia bersorak gembira, Najib datang setiap minggu mengutip laba politiknya...untuk diagihkan kepada penyokongnya di Kedah yang sedang nyawa-nyawa ikan. Mereka segar bugar sekarang, dengan untung berganda dan modal yang belum terusik. Begitulah kisah ini diceritakan!
Episod yang baru diselesaikan oleh PAS Pusat semalam adalah episod kedua dan percayalah nanti...akan ada episod ketiga. Bagaimana pula ia berlaku, kena tunggu ia terjadi. Haiwan politik dilahirkan dalam semua parti, ditelorkan oleh hati dan matlamat yang tergelincir dari landasan perjuangan. Semoga ia menjadi pengajaran!Kasihan sungguh pada UA dan pembantu- pembantu siang malamnya...juga penyokong setia di akar umbi yang membanting tulang dan keringat tanpa mengharapkan apa-apa. Mereka hanya setia dengan perjuangan atas sifat percaya dan yakin pemimpin.....dalam gerakan PAS disebut wala'. Aku akan bersedih jika perjuangan ini di kianati demi kuasa yg seciput ini..saya petik dari fb kawan. mohon restu untuk disebarkan. Jangan ulangi kesilapan lampau.

Monday, February 20, 2012

Ustaz Azizan dan Pas

TAJUK TAJUK BERITA PANAS YANG ADA SEKARANG NI DI LAMAN LAMAN WEB

1. MAHASISWA BAKAL MENYERANG USTAZ AZIZAN

2. AZIZAN ANGGAP BUKU JINGGA BUKAN QURAN

3. USTAZ AZIZAN BERSEDIA DIPECAT ISU KUIN

4. ISU KUIN ANWAR JANGAN GANGGU- SELESAI MASALAH HANG DULU.

5. DAN BERATUS LAGI YANG NEGATIF NEGATIF BELAKA.

Kalau bab Dato Seri Anwar, orang pas lah yang terkehadapan dalam mempertahankan maruahnya..Apa dah jadi dengan orang Pas sekarang ni?? Apa kamu semua sudah tidak tahu nilai parti Pas itu dimana sekarang? Harakah pula dilihat sebagai lidah rasmi PKR. Kamu mempertahankan maruah orang lain dengan menggadaikan maruah kamu sendiri. PKR terutamanya di Kedah menang dengan sokongan 100% pengundi PAS. Sekarang ni sudah tahun 2012, bukan zaman tok moyang kita yang gadai harta benda sebab nak tolong orang lain. Benda kecil macam ni pun takkan tak boleh nak pikiaq. PKR berusaha untuk mencapai cita-citanya begitu juga PAS dan DAP. Jadi masing-masing haruslah bantu membantu. Yang orang ramai pertikaikan sekarang ni adalah cara bantuan yang dihulurkan. Adakah sehingga menggadaikan maruah parti dan mengorbankan pimpinan-pimpinan parti?

Dalam bab Dato Seri setia Diraja Ustaz Azizan ( ustaz azizan )yang merupakan hardcore Pas, jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan Hassan Ali, apa bantuan yang dia dapat dari PKR atau partinya sendiri PAS? Sejak beliau menjadi MB, setiap isu yang ditimbulkan mamapu dipatahkan dengan hujah-hujah yang bernas. Serangan demi serangan yang beliau terima namun dengan tenang beliau mematahkan hujah pihak lawan. Namun orang Pas tidak pandai menilai. Namun bagi saya yang bukan ahli mana mana parti, akan tetap mempertahankan ustaz azizan. Dan saya yakin orang ramai di Kedah tetap akan menyanjungi ustaz azizan sebagai MB Kedah yang terbaik yang pernah mereka terima.

Jika orang-orang Pas masih lagi berfikiran kolot, belajarlah dengan ustaz azizan cara-cara untuk membantu kawan-kawan di tahun 2012. Ini bukan zaman tok nenek moyang kita. Maruah parti haruslah dijaga bukan digadaikan. Islam mengajar kita untuk tegas di dalam sesuatu perkara. Kalau orang Pas tak Islam saya tak tau lah. Tapi ketegasan yang ada pada ustaz azizan 100% menggambarkan kepada rakyat Malaysia seluruhnya bahawa PAS lah yang layak dan mampu mengambil alih pentadbiran negara Malaysia daripada UMNO BN. Ayuh la semua bermuhasabah diri dan kembali kepada ajaran Islam yang sepatutnya. Islam tidak mengajar kita untuk berbudi sampai ke tahap itu. Ada mesej yang ingin disampaikan oleh ustaz azizan kepada seluruh ahli Pas, dan mesej ini akan muncul dengan jelas jika kita berfikir dengan tenang dan mengikuti setiap kronologi yang berlaku.

Friday, January 27, 2012

Mahasiswa sekupang dan the epic of aziz bari

Di dalam dua abad yang lampau penjajah eropah telah mengancam dunia Islam. Inggeris telah memasuki Mesir pada tahun 1882 melalui pengkhianatan oleh Khidwi Taufiq untuk menghancurkan satu revolusi rakyat yang dipimpin oleh Urabi. Dan untuk menjamin kuasa dan keselamatan mereka ketika menakluki Mesir adalah dengan mengenalkan polisi-polisi yang akan melemahkan ilmu agama Islam, kesucianya di dalam fikiran dan hati kecil manusia seluruhnya.

Caranya adalah dengan mengatur satu polisi pendidikan yang mengabaikan pengajian dan penjelasan tentang hak dengan hakikat agama Islam. Kini apa yang diajar di sekolah-sekolah hanya merangkumi ibadat, sembahyang, zikir, ucapan tasbih dan tariqah suci, cara membaca quran dan bab-bab akhlak secara teori. Mereka tidak pernah diajar tentang Islam sebagai satu sistem pemerintahan , ekonomi dan sosial. Begitu juga di dalam pemerintahan dan cara hidup.

Dan sebagai gantinya,para penuntut diajar tentang keagungan tamadun Eropah. Segala sistem kemasyarakatan yang sebenar adalah daripada Eropah dan hak-hak manusia itu lahir daripada revolusi Peranchis sedangkan tamaddun yang ada pada hari ini adalah di batu asaskan oleh Empayar Rome. Dan usaha politik yang keji ini telah berjaya apabila generasi-generasi Mesir pada hari ini telah hilang arah dan tidak dapat melihat dengan mata hati mereka sendiri dan tidak mampu untuk berfikir dengan sendiri dan hanya mengikut apa yang dilihat oleh orang-orang Eropah dan mendokong pemikiran mereka.

Kaum intelek pada hari ini termasuklah Hassan Ali dan Aziz Bari merupakan buah-buahan yang tidak berkualiti hasil daripada politik yang disusun oleh penjajah. Mereka tidak mengetahui darihal Islam kecuali fahaman-fahaman dan gambaran-gambaran yang menimbulkan keraguan. Begitu juga dengan para siswa yang saya lihat seperti burung kakak tua yang sering mengajuk dan mengulangi tanpa henti polisi-polisi sama seperti apa yang berlaku di sana. Kaum Eropah ada sebab untuk mereka mencari satu pegangan yang baru apabila pihak gereja dengan bahasa mudahnya "terkantoi" apabila sains telah berjaya membongkar segala kepalsuan akan ajaran Kristian pada masa itu.

Tapi mengapa kebanyakan negara- negara Islam khususnya Malaysia harus terlibat sama dalam perjuangan bangsa Eropah yang memang menjadi kewajipan bagi mereka untuk menghapuskan kuasa gereja yang telah menipu mereka sekian lama dengan berpegang kepada polisi-polisi yang diperkenalkan hasil daripada dendam dan bukan daripada akal fikiran yang waras?. Jika kita merenung kembali proses pembelajaran kita sejak dari sekolah menengah hingga ke Institusi pengajian tinggi, kita mampu menilai dan membenarkan akan segala muslihat bangsa Eropah yang telah disusun sejak sekian lama.
Namun bagi orang-orang yang sudah termakan racun ini pastilah akan melolong seperti orang yang terkena demam panas tanpa mereka sedari. Inilah yang berlaku kepada aziz bari dan para mahasiswa sekupang pada hari ini.

Bagi para mahasiswa saya boleh maafkan lagi kerana mereka ini sementara nak jadi lima kupang perlu jadi sekupang dulu, tapi untuk aziz bari ni, saya kira tahap bebal dia ni sampai tak boleh nak dibendung lagi dah, namun masih ada lagi yang memberi ruang untuk dia menjadi burung kakak tua dalam menyampaikan pendapat dia yang kadang- kadang lebih sudu dari kuah. Aziz bari tak sedar yang kenyataan beliau yang "downgrade kan" pejuang parti Islam yang sekian lama istiqamah di dalam perjuangan mereka adalah suatu kejayaan yang amat besar bagi Bangsa penjajah. Tak perlu kamu menjadi burung kakak tua dalam menghentam pimpinan-pimpinan Islam kerana kebodohan kamu itu amat menyedihkan.

Freud telah membahagikan peringkat perkembangan manusia kepada tiga peringkat perkembangan jiwa iaitu :-

1. Percaya kepada tahyul dan karut marut.
2. Percaya kepada agama.
3. Percaya kepada sains.

Di sini kepercayaan kepada sains berada di tempat terakhir sekali yang mana inilah pegangan bangsa-bangsa Eropah pada hari ini. Ini kerana sains telah berbeza pendapat dengan para paderi-paderi dan gereja-gereja sehinggakan kepercayaan roh dan akhirat dan agama sudah dianggap lapuk oleh golongan cerdik pandai. Maka mereka melaksanakan polisi-polisi yang berlandaskan sains. Mereka menolak agama mereka. Paderi-paderi juga tidak boleh lagi mencampuri urusan politik dan pentadbiran dan hanya diperlukan dalam proses nikah kahwin dan membaca khutbah setiap Ahad. Islam menghargai sains dan apa-apa penemuan sains tidak bertentangan langsung dengan ajaran Islam malah membuktikan kebesaran Allah.

Perlu saya ingatkan kepada para mahasiswa sekupang dan prof kangkung terbuang aziz bari, tindakan yang mengikut hawa nafsu hanya akan menyusahkan diri sendiri dan merosakkan bangsa. Yang paling ketara ialah penyakit suka meniru negara- negara Islam yang terjajah. Satu penyakit yang membuatkan seseorang itu menyangka bahawa satu-satunya jalan untuk mencapai kemajuan ialah mengikuti jalan yang dirintis oleh oleh negara- negara maju yang sedang berkuasa pada hari ini. Dan ini bererti dengan membuang agama sama seperti Eropah. Kalau tidak kita akan terus menerus berada di dalam kejatuhan, kemunduran dan kekarutan.

Tindakan mengkritik sesebuah parti yang sudah sekian lama berpegang kepada al- quran dan sunnah hanya akan merugikan diri sendiri. Kepada prof kangkung aziz bari, elakkanlah berperangai seperti orang yang sakit jiwa dan gelisah tak tentu pasal berkenaan dengan Auku kerana orang yang kamu kritik itu tidak bertuhankan sains yang sentiasa berubah yang mana kadang- kadang ia membenarkan pendapat yang telah ditolaknya kelmarin dan mungkin besok akan menolak pula pendapat itu pada hari ini. Orang itu tetap akan berdiri dengan pendapatnya sendiri dan sentiasa tenang kerana berpegang kepada agama yang dianutinya.

Dengan keadaan dunia pada hari ini yang sentiasa mengalami perubahan di dalam sistem ekonomi, pollitik, individu, masyarakat dunia dan juga fakta-fakta sains, tidak mustahil bagi para mahasiswa sekupang dan prof kangkung aziz bari yang nampaknya kurang yakin dengan pemerintahan Islam merasa gelisah dan jiwa kacau. Kerana itulah kita perlu berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan kalau tidak mampu pun cukuplah dengan hanya menyokong dan bukan memeperlekehkan setiap tindakan yang datang dari satu parti yang memang sudah sekian lama bertapak mempertahankan kepentingan Islam.

Prof kangkung aziz bari the epic seperti telah dikongkong oleh perasaan fana dan musnah, satu perasaan yang merasakan betapa pendeknya umur dan betapa kerdilnya hidupnya tetapi mempunyai cita-cita yang mengawan tinggi. Perasaan inilah yang mendorong prof kangkung untuk bertindak dengan gelojoh dan memburu kenikmatan dunia dalam usianya yang pendek itu..tak perlu kamu menjadi burung kakak tua sebab kalau jadi pun tak sesuai untuk tangkap dan bela sebab hudoh.

....Kalau tidak hatiku bergelora..